Tidak semudah itu..

February 11th, 2007 by averroes07

12 Feb, 2007.


Jam 1.47 pagi. Malam yang dingin menyebabkan sukar untuk aku melelapkan
mata. Ku tatap buku-buku yang tersusun di atas meja. Banyak, tapi tidak terbaca
kesemuanya. Dari ilmu pengurusan sehingga bab-bab agama,pantang terjumpa kedai
buku, alamatnya melekatlah satu jam semata-mata sebuah buku. Huh, sampai bila mahu dihabiskan,sukar
untuk ku jangka. Tapi lebih baik kuhabiskan duitku pada buku-buku sebegini,
daripada dihabiskan untuk berjoli.
Terbaru,
kuhabiskan sekitar RM50 untuk membeli buku The
Rules of Management
tulisan Richard Templar. Menarik tulisannya, dan agak
praktikal isinya. Cuma baru sekitar 18 peraturan yang berjaya kuhabiskan
daripada 99 peraturan. Haha. Kadangkala memikirkan hidup yang terlalu
bersistem dan berperaturan pun memeningkan juga. Tak siapa pun yang inginkan
kehidupan bersistem dan berprotokol sepanjang masa. Lainlah dengan anak raja.
Mungkin mereka mampu, tapi bukan orang kebanyakan seperti ku.

 

Mejaku sedikit berselerak
dengan fail-fail dan kertas-kertas info aktiviti-aktiviti persatuan kampus yang
ku terima sepanjang minggu
ini. Maklumlah, rajin sungguh mengumpul maklumat-maklumat kelab di sini.
Pantang terjumpa brochure, ambil
sahaja, bukannya berbayar pun. Tapi ku sangsi adakah orang lain turut bersikap
sebegitu? Sedar dan peka dengan keadaan dan kehidupan di sekitar kampus? Bukan
untuk memuji diri sendiri pun. Kadangkala terlalu menumpukan perhatian pada
pelajaran dan gerak kerja persatuan sendiri menyebabkan aku kurang peka dengan
isu-isu semasa, apatah lagi isu-isu nasional dan global. Sekilas pandang,
kehidupan di kampus ini terlalu berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan
warga kampus di institusi-institusi awam yang ada di Malaysia. Namun, tahap
kesedaran warganya mungkin boleh menjadi satu perkara yang perlu diberi
perhatian bersama. Lihat sahaja sesi bersama rektor. Berapa ramai yang hadir..?

 

Ah, melalut jauh rupanya. Merepek tanpa sebarang
isi. Haha. Terasa teringin pula
untuk menulis sesuatu di tengah-tengah kedinginan malam. Angin bayu bertiup
lembut, tetapi sukar untuk aku melelapkan mata.
Azimat Ibunda nyanyian Far-east berulang-ulang
di media player. Nyata waktu-waktu
sebegini cukup tersentuh dengan lagu-lagu seperti ini. (Actually that’s my favourite song..hehe..that’s why it keeps repeating and repeating and repeating..) Jam 2 pagi sebegini masih ramai rupanya warga kampus yang sedang
sibuk dengan aktiviti-aktiviti sendiri. Mungkin ada yang bermain permainan komputer, berbual di telefon,
mengulangkaji pelajaran, dan mungkin juga ada yang menulis blog seperti aku.
Segalanya mungkin, bukan? Tiga minggu sudah berlalu. Kadang – kadang risau juga
dengan prestasi akademik untuk semester kali ini. Takut – takut kesibukan
dengan tugas menyebabkan aku terlepas pandang. Bukan tidak pernah berlaku. Tapi
kebergantungan pada – Nya itulah yang utama, kan?

 

Rasanya seperti ketandusan idea untuk menulis. Ataupun ada sesuatu yang
tidak mampu ditafsirkan dengan tulisan dan perkataan. Satu perkara yang tidak
pasti. Mimpi? Bukan. Realiti? Sudah tentu. Jadi? Cukup susah untuk diterangkan.
(Ataupun aku sendiri yang tidak pandai berkata-kata) Yang pasti, cukup sukar
untuk memikul amanah sebagai seorang pemimpin. Terasa begitu berat amanah yang
dipikulkan di bahu ini. Pastinya jika ia diserahkan kepada gunung-ganang, sudah
lama hancur berkecai dek tidak tertahan beratnya amanah yang dipikul itu.
Tetapi ku harus yakin dengan janji Tuhan, ”Allah
tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya..”

[al-Baqarah: 286]. Dan wajib kuyakini sekiranya jalan yang ditempuhi ini jalan
yang memeritkan, maka inilah jalan yang benar.

 

”Apakah manusia menyangka
bahawa mereka ditinggalkan untuk berkata kami telah beriman (kepada Allah
S.W.T.) sedangkan mereka belum diuji? ”
[al-Ankabut: 2]

Aku dan anak yatim itu..

December 8th, 2006 by averroes07

Alhamdulillah..

selesai program MAP 2 (mission awareness program) bertempat di kg parit
penghulu, sungai rambai, melaka..banyak kenangan manis aku
peroleh..bersama dengan keluarga angkat yang berasal dari singapura
benar2 membuka mata dan minda akan perjalanan hidup sebagai seorang
Islam..seorang melayu..seorang pelajar..dan seorang anak..juga sebagai
seorang pemimpin..walaupun program ni berlangsung selama lima hari..tp
kesannye cukup besar..cukup bermakna..lesson learnt kata bro daos..

bukan
la nk berceloteh panjang mengenai MAP..cume hati aku benar2 tersentuh
sewaktu perjalanan pulang dari UTP ke rumah..rumahku
syurgaku..heheh..rumahku terletak di kampung jawa,klang..tiga jam
perjalanan dari UTP..naik kereta or naik bas..sama jer masa yang
diambil..mungkin sbb walaupun bawak kereta boleh mencecah 140km/j, tapi
kalau dah rajin sangat ‘berkelah’ kat hentian & RnR, lambat jugak
sampainye..alkisah aku memulakan perjalanan selepas asar..dalam
600ptg..hujan pon belum berhenti..musim hujan pon sekarang nie..cume
perjalanan kali ni seolah2 mcm terlalu perlahan..mungkin dengan
berhenti makannye..isi minyak..hujan..akhirnya aku tiba di kawasan
rehat tapah dalam jam 730 malam..hajat di hati nak jamak qasar..balik
rumah nnti boleh terus berehat..

dari
jauh aku lihat di surau kelihatan beberapa orang budak kecil berpakaian
baju merah seluar hitam bersongkok dengan beg di bahu..mulanya buat
biase la..sebelum2 ni pun surau kat kawasan rehat Tapah nie mmg ramai
orang yg datang nak mintak derma..dalam kepenatan aku pun terus
melangkah ke surau itu dengan jawapan yg dah sedia ada dlm kepala tiap
kali datang orang mntak derma kat aku..

tapi
langit x selalunye cerah..hidup x selalunya indah..kusangkakan sorg jer
budak..rupenye tiga orang..merayu2 pada orang ramai untuk membeli ubat
yg dijualnya..sejenak datang seorang budak kepadaku.."bang beli la ubat
ni bang,rm10 jer,nk buat beli pakaian,makanan dan tempat tinggal utk
anak2 yatim..satu malaysia ni bang.."..huh..ye la tue satu
malaysia..tapi..Allah itu penjaga hati..aku cukup2 tersentuh melihat
wajah budak kecil tue..dalam bersongkok..cukup comel dan
putih..kecil2..tp terbayang hiba dan kesedihan yg cukup mendalam yang
dapat ku baca melalui wajah comelnya..lantas ku bertanya..

            "adik jual ape nie?"
            "nie ubat rm10 jer nk buat beli pakaian,makanan tempat tinggal utk anak2 yatim,"jawabnye.

hairan
jugak..seolah2 menghafal skrip gamaknye..bila ditanye soalan mengenai
khasiat ubat tue..jawapannye lebih kurang same spt jawapan2 sebelumnya..

            "adik datang dari mane?"
   
      "kedah,bang. beli la ubat ni bang. 10 ringgit jer. nk buat beli
pakaian makanan tempat tinggal utk anak2 yatim satu malaysia ni bang."

            "adik datang sini naik ape?"dalam kehairanan aku bertanya.
            "naik van dgn ustaz." perlahan jer jawapannye.
 
            "ustaz ade kat dalam surau ni ke?"
            "xde..ustaz pergi sungai perak.."
 
            "sungai perak?buat ape?"pelik. dari kedah..tapi smpai ke tapah..ustaznye pulak ke sungai perak..
            "jual ubat ni kat sane." wajahnye cukup hiba bila menjawab soalan ni.

            "xpe la..bagi abg solat dulu ek."

aku
pon masuk ke dalam surau. jama’ qasar seperti yg aku dah
niatkan..selesai solat..anak kecil tue telah siap sedia menunggu di
tempat letak kasutku..

            "adik darjah berapa?"
            "darjah lima.."

            "bagi abg tengok ubat ape yg adik jual nie.."
teringin
jugak nk tengok ubat ape yang dijual smpai mahal rm10..botolnye kecik
jer..owh..gel hijau ni..mmg terkenal..n harga die pun mmg rm10..ape
name die..lupe plak..(malas nk amik ubat tu time nie..lain kali jer
la..hehe)..ku pandang wajah die..aih~..sebak plak hati..masih
kecil..baru darjah lima..tapi terpaksa datang sampai ke kawasan rehat
Tapah semata2 menjual ubat..hendak mencari sesuap rezeki..

           "kalo abg beli dgn harga rm5 bleh x?"

xde
jawapan..kaku mendengar permintaan aku..aku pun tersenyum..budak2..mane
tau tawar menawar..eheh..cume semacam satu perasaan yg sangat
gembira..bila budak kecil itu tersenyum malu bile aku ketawa..ku
keluarkan note rm10 dari dompetku n kuserahkan padanya..

        "terima kasih ye bang..assalamualaikum.."

ku
jawab salam itu..dan ku berlalu menuju ke kereta..dalam hati yang
sebak..memikirkan budak kecil itu..peristiwa tue cukup menyentuh
hatiku..bayangkan budak kecil semuda 11 tahun bersama kawan2nye yang
lain terpaksa membantu ustaznya menjual barang2, dalam keadaan orang
ramai yg lalu lalang tidak mempedulikan mereka..aahh..cukup sayu untuk
diingat..

aku cukup menyesal kerana tidak mengusap kepalanye..mungkin benar die
anak yatim atau mungkin sekali itu hanya sindiket..tapi aku
tekad..niatku hanya untuk membantu..andai duit itu tidak pergi ke
tempatnye..kuserahkan pada Allah untuk menilainya..cume..sepanjang
perjalanan peristiwa itu terngiang2 dalam kepala ku..alangkah
beruntungnya aku kalau ku usap kepalanya..andai die anak yatim,besar
sungguh sunnah yang bakal aku peroleh..tp menyesal pun dah x
berguna..(da sampai rumah pn..)

sampai waktu ini..wajah jernih budak itu masih lagi
terbayang-bayang..apakah nasibnya pada esok hari..adakah dia keluar
lagi?adakah dia menjual lagi?

hanya Allah yang tahu…
 

Erti Ramadhan ..

October 15th, 2006 by averroes07

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Isnin. 16 Oktober 2006. Muka hadapan utusan. "7 beradik daif bertekad harungi hidup bersama di rumah usang". pilu dan menyayat hati mengenangkan orang lain dalam kesusahan. aku terfikir dengan kehidupan aku yang serba mewah. duit bulanan PETRONAS RM500. adik beradik 8 orang. tapi masih boleh hidup selesa. Mereka?

BUKIT KAYU HITAM 15 Okt. – Ketika umat Islam terutama kanak-kanak
gembira menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri, bagi tujuh beradik
di Kampung Titi Kerbau, Mukim Sungai Laka di sini, suasana kemeriahan
dan kegembiraan itu tiada lagi dalam kamus hidup mereka sejak
kehilangan tempat bergantung.

Begitupun, walau terpaksa melalui keperitan hidup dan tinggal di
rumah usang yang didirikan arwah bapa mereka di sebidang tanah wakaf,
ketujuh-tujuh beradik itu bertekad untuk terus mengharungi hidup
bersama-sama.

Ketujuh-tujuh beradik itu, Mohd. Shafifi Abdul Rahman, 20, Siti
Shafira, 17, Mohd Shafirul, 14, Siti Shafiha, 13, Siti Shatirah, 10,
Mohd. Shafizi, 8, dan Siti Shafihah, 5, tidak mahu mereka dipisahkan.

Episod duka mula mengocak kehidupan tujuh beradik berkenaan setelah
bapa mereka, Abdul Rahman Bakar meninggal dunia empat tahun lalu akibat
serangan jantung.

Lebih memilukan, ibu mereka, Rokiah Hamzah, 39, yang diharapkan
dapat menggantikan tugas sebagai ketua keluarga kini koma setelah
terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Februari tahun lalu dan
tinggal bersama nenek mereka di Sungai Petani.

Kini, tanggungjawab menyara keluarga terpikul di atas bahu anak
sulung keluarga itu, Mohd. Shafifi yang baru sahaja bekerja sebagai
pekerja am di Universiti Utara Malaysia (UUM), dekat sini dengan gaji
RM520 sebulan.

Kadang - kadang terfikir banyak perkara bila berita sebegini keluar. Mana tanggungjawab kerajaan untuk membantu membasmi kemiskinan? Mana tanggungjawab YB daerah yang sepatutnya mengambil berat hal rakyat? Mana tanggungjawab masyarakat setempat untuk meringankan penderitaan mereka? Dan, mana keprihatinan kita sebagai UMAT ISLAM tambahan dalam BULAN MULIA ini nak membantu meringankan penderitaan mereka? Terfikir sejenak. Perkara ini menjadi tempelak pada diriku sebenarnya. Bukan benda mudah menjadi seorang pemimpin. segalanya akan dipersoalkan di hadapan-Nya kelak. Dari kemaksiatan yang berlaku sampai hukum Islam yang ditegakkan, nah semua itu akan ditanya. mampukah aku menjawab? mampu ke aku nak menutup segala kelemahan dan keaiban aku di hadapan raja segala raja .. Ramadhan bulan mujahadah. Dibukakan sekalian pintu rahmat. ditutup pintu kejahatan serapat-rapatnya. Itulah bulan istimewa umat Islam. pahala digandakan berkali-kali ganda. Alangkah baiknya kalau aku dapat membantu keluarga yang di dalam kesusahan itu. mereka sebaya sahaja dengan adik beradik ku. di mana erti ramadhan? Kadang - kadang ku berfikir betapa lemahnya diriku mengenangkan kekuatan bertempur dengan nafsu. Jarang benar dapat ku tundukkan nafsu mengikut akal dan imanku. sesal dan pilu. adakah ramadhan ini bukan gelanggang terbaik untuk ku tumpaskan nafsu. mungkinkah aku terpaksa bertempur dengan nafsuku selepas ramadhan? bukan mudah. tetapi tidak mustahil. cuma..

Meniti 10 malam terakhir dengan penuh keinsafan, penyesalan, tangisan, rayuan dan munajat pada Maha Pencipta. mampukah aku? mampukah anda semua? tepuk dada, tanya iman, buka minda ..

"dan adakah kau tahu apa itu malam al-Qadar? Malam al-Qadar (ialah) lebih baik daripada 1000 bulan. " [al-Qadar:2-3]

SedetiK dan sesaat..

October 14th, 2006 by averroes07

In the name of Allah..the most gracious..the most merciful..

fuuh..rasenye dah terlalu lama blog ni ditinggalkan..sepi tanpa post2 yang best..out-of-date orang kate..tp nk bwat mcm mane..kesibukan (ke bwat2 sibuk?haha) melebihi masa yang ada..bak kata as-Syahid Imam Hassan al-banna, seorang mujaddid Islam..kewajipan itu lebih banyak dari masa yang ada..tp nk bandingkan kesibukan diri ni ngan hassan al-banna,mmg 100% xlayak..(sbb tu la smpat pegi sirip malam2 wahaha)..anyway (teringat prof binay), bulan Ramadhan dah nak abes pon..pejam celik pejam celik..dah smpai 10 malam terakhir..aiseh..rasa menyesal plak sbb x pulun abis2 bwat kebajikan dalam bulan nie..yazid wa yanqus..ish2..xpela..masa yang ada jgn disiakan..

thinking bout da past..present and future..(pnh bwat status camni kat YM dulu..haha *capub*)..tahun ni byk meninggalkan 1001 kenangan..pahit manis suka duka nestapa.."macam-macam ada"..kehidupan harian..akademik..event..member2..lot of things which are truly memorable..personal?haha..sepp jer la..xde sape pn nk tau waahaha..in general..tahun ni byk mengajar aku erti matured..rational..patient..ability to handle pressure..err..mcm byk jer..sng cite,aku bukanlah aku yang dahulu lagi..kehidupan zaman silam yang manis, yet memberikan kesan mendalam terhadap pembentukan jiwa dan naluri kedewasaan aku..mengajar aku erti berfikir mengenai erti hidup..erti pengorbanan..persahabatan..erti perjuangan sejati..(ye ke?) and da most important thing..kekuatan yg ALLAH bagi untuk diri kita teruskn hidup..x ramai yg sedar..n syukur..praise me to ALLAH..He gives me strength n courage..utk bangun dari kedukaan hidup..dan kemuncaknya aku masih sempat bertemu bulan Ramadhan ni..alhamdulillah..(xlame lagi raya..sure xdapat duit raye ah..wahaha)

presently..alhamdulillah..won the general election for SRCUTP..kini alam lain plak yg kulangkah..alam yg sangat mencabar..sebelah kakiku sudah berada di pintu masuk neraka..sebelah lagi di syurga..sangat mudah untuk tergelincir ke neraka..tapi cukup payah untuk ditarik masuk ke syurga..melainkan hanya dengan rahmat ALLAH..alam MPP..bukan cerita dongeng..tapi alam yang penuh dengan tekanan..kesengsaraan..HANYA bagi mereka yang tidak paham erti perjuangan..(but aku paham ke?mudah2an amin…)kadang2 mmber2 panggil YB pn nk tergelak..haha..

hidup tak pernah sepi dari dugaan..setiap jalan yang dipilih pasti punya rintangan yang berbeza..telah kupilih jalan ini..jalan yang jarang dilalui orang..tetapi jalan yang cukup mencabar,perit dan sengsara..but that’s my destiny..redha dengan ketentuan-Nya..tu lebih baik dari mengeluh seperti dulu..heheh..walaupun..my picture of past experiences..still portrayed clearly..in my mind..and my HEART..

"kita merancang, Allah juga merancang. Dan Dia lah sebaik2 perancang."

p/s: latihan mem"blog" peringkat preliminary tamat..haha

Let’s Learn MUSIC #1

May 13th, 2006 by averroes07

Since nie first post aku kat blog nie..aku mulakan ngan belajar music bersama2..sebab ape lak nk kne blaja music?haha..teknik menyanyi tue sbnrnye sgt penting..xkisah la nk rap ke,hip hop ke,nasyid ke..da important thing is to know how to sing correctly..haa..so let’s start from basic..err,nearly forget to say..i copied this article from somewhere..later i’ll post the website..so ade la credit sket utk yg bwat article nie..~

LESSON #1

- Mark Baxter -

"Welcome students. Today we will take a look at the basic
parts of our vocal instrument. I’m sure you considered cutting this class;
singers rarely educate themselves on the various parts of the body. They fear
the knowledge will hamper free spirit. Ironically, this attitude often inhibits
vocal ability due to common misconceptions. Many of us maintain a cartoon-like
perception of anatomy. We picture, for instance, the lungs to be hollow,
balloon-like organs occupying the entire area inside the rib cage. Muscle
behavior is based on these larger-than-life perceptions, causing problems with
control.

Singing starts with an inhale. Most people know this action
requires the diaphragm but are not aware of its location or how it works. Place
your hand over your belly button. This area is NOT your diaphragm; it is the
abdominal wall. The diaphragm is a dome-shaped muscle which divides your torso,
separating the lungs and heart above (thoracic cavity) from the digestive
organs below (abdominal cavity). To locate, place your finger at the bottom of
your sternum bone (breast plate); the diaphragm crosses directly behind. Notice
it is fairly high up inside the rib cage. Now place your hands on your chest,
fingers facing up, with the base of the palms on your nipples. This provides a
good visual of the size of your lungs. Made of thousands of tiny air sacks
called alveoli, the lungs resemble dense sponges more than balloons. They do
not draw in air themselves; they are enlarged as the diaphragm descends
(inhale) and reduced as the diaphragm returns (exhale). When you hear the term
‘support’ in relation to singing, it means the diaphragm is able to move up and
down freely and make minute adjustments in air pressure. It does not mean to
push from the abdominal wall.

The larynx is in the middle of the throat, sitting on top of the
windpipe and is the vibrator of the instrument. Its inside diameter is about
the size of a quarter. There are two horizontal flaps within the larynx, called
vocal folds, which can partially cover the windpipe and vibrate when air passes
through. These folds are similar to eyelids in size and shape but are covered
by mucus membranes and need to be kept lubricated. There is a network of
muscles in and around the folds which manipulate their tension for pitch
change, thickness for volume and their position for a variety of tonal
qualities. These muscles operate reflexively, like those of the eye, and work
best when provided with an appropriate amount of air pressure.

There is a short stretch of throat above the larynx called the
pharynx. It is the main resonator of the voice. Most of us imagine this area as
having a large diameter; yet we know better than to swallow a penny. The
pharynx is lined with sensitive muscles which narrow the internal space further
in response to contractions of the abdominal wall. The pharynx connects to the
mouth and nasal cavities, also important resonators. The muscles of the tongue
and jaw are the strongest in the body, and both brace instinctively to provide
extra rigidity to the throat. All these closing actions greatly reduce the
potential for overtones. Another reason not to over-drive your air pressure.

Every instrument requires a specific touch and the voice is no
exception. Visualizing how small the parts of your instrument really are will
help balance muscle activity. What I have provided is a very basic overview. Do
yourself a favor and explore an anatomy book. The more you know about the
functions of each part, the easier it is to make any instrument sing. That’s
all for today. Class dismissed."